News

PETALING JAYA 21 Jun – Brainy Bunch Sdn. Bhd., peneraju institusi Montessori Islam negara bakal membangunkan Raudah City di Science Park City, Cyberjaya dengan nilai pembangunan kasar RM2.5 bilion.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzil Hashim (gambar) berkata, projek itu adalah koloborasi syarikat berkenaan dengan sebuah syarikat pemaju terkenal.Menurutnya, projek itu bakal diumumkan pada suku ketiga tahun ini dan kerja-kerja pecah tanah dilaksanakan pada Januari 2014.Menurut beliau, Raudah City adalah sebuah projek pembangunan bercampur-campur yang bakal melengkapi pembangunan Brainy Bunch Montessori Islam yang dimiliki oleh syarikat berkenaan.”Idea Raudah City ini diilhamkan oleh Brainy Bunch untuk merealisasikan penubuhan sebuah bandar baru berkonsepkan Islam sebagai gaya hidup.”Harapan dan matlamat kami mahu komuniti di Raudah City ini menjadi kumpulan masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam seperti yang dituntut oleh Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Mohd. Fadzil berkata, elemen utama di Raudah City adalah kemudahan pusat Montessori Islam Brainy Bunch manakala projek lain termasuk pusat komersial, kediaman banglo, apartmen, rumah berangkai, selain kemudahan masjid dan kawasan terbuka.Tambahnya, Raudah City itu melibatkan kawasan pembangunan seluas 200 ekar dan 20 ekar pula diperuntukkan kepada pembangunan Montessori Islam Brainy Bunch.Jelas beliau, Brainy Bunch pula bakal membuat pelaburan RM200 juta bagi pembinaan sepenuhnya pusat Montessori Islam Brainy Bunch.Mengulas mengenai kerjasama itu, Mohd Fadzil berkata, Brainy Bunch bakal menyediakan perisian bagi projek berkenaan manakala pemaju pula terlibat dalam melaksanakannya.Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130622/ko_02/Brainy-Bunch-bangun-Raudah-City-RM25b#ixzz2ijgp1rPe © Utusan Melayu (M) Bhd