Proses beli rumah pertama ini cukup mendebarkan sebab anda tak pernah beli rumah.
Tak tahu berapa lama atau berapa wang yang perlu disediakan.

Kita beli rumah ini biasanya kerana 2 sebab :
1. Duduk
2. Pelaburan.

#1 Penting Anda Tahu Apakah Tujuan Belian. 

–> Jika untuk duduk , rumah mestilah penuhi keperluan keluarga anda.
–> Jika untuk pelaburan , pulangan di masa hadapan itu make sense ataupun tidak.

#2 Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda.  

Di sini anda nak tahu berapa sebenarnya yang anda layak. 

Tak guna sebenarnya anda dah mula cari rumah tapi bank memang tak boleh luluskan pinjaman.

#3 Dapatkan Laporan CCRIS dari Bank Negara.

Dalam laporan ini , anda boleh tengok sama ada ,anda pernah terlewat bayar atau ada tunggakan dengan bank.

 

Kalau CCRIS anda ada tunggakan lebih dari 2 bulan , maka peluang untuk dapat pinjaman itu  tipis. Anda perlu uruskan kewangan anda terlebih dahulu.

#4 Sediakan Wang Tunai Sekitar 13% – 15% dari Harga Beli Rumah

Ini adalah untuk bayaran kos belian rumah ( guaman dan deposit ).

#5 Buat Bajet Bulanan.  

Ini untuk pastikan berapa installment yang mampu bayar. 

Sekalipun anda dapat pinjaman sebanyak RM1Juta dari bank , tapi belum tentu anda mampu nak tanggung. 

Sebab itu bajet ini sangat penting. 

#6 Cari Rumah dan Buat Kajian. 

Anda dah boleh mula cari rumah yang sepadan dengan budget.
Kaji rumah dan lokasi yang nak dibeli.

Jangan harapkan penjual dan agen hartanah buat kajian untuk anda.

 

Ini kerana akhir sekali anda lah pemilik rumah itu.
Andalah yang tanggung bayaran bulanan.

#7 Buat Temu Janji untuk Lihat Rumah.

Kami cadangkan datang dan lihat waktu siang.

Waktu siang ini lebih baik untuk dapat gambaran kawasan sekitar.
Kalau datang malam mungkin tak nampak.

Semasa anda buat temujanji , agen hartanah yang baik akan tanya persediaan anda untuk membeli dan semak kelayakan pinjaman anda.

Beri kerjasama penuh.

Mereka sangat membantu jika mereka faham persediaan anda.

#8. Pada Hari Viewing , Datang Sekali Dengan Orang Buat Keputusan Bersama.

Contohnya Isteri atau mak ayah anda.

Kalau anda tengok rumah seorang diri , anda mungkin dah minat dekat rumah tu,tapi tak boleh 

Teruskan sebab orang yang buat keputusan itu tidak hadir sekali.

Pastikan rumah bebas kerosakan yang serius. Tengok juga kawasan sekitar dan pastikan tiada apa-apa perkara yang tak menyenangkan ataupun berisiko.

Ada kuari atau pencawang eletrik misalnya. Kenalpasti juga siapa yang akan jadi jiran anda.

#9 Tandatangan Borang Tempahan.

Kalau anda dah berminat dan setuju dengan harga , tandatangan borang tempahan atau booking form.

Sebelum tandatangan , beri perhatian kepada syarat di dalam borang ini.
Kalau anda langgar syarat itu proses beli rumah boleh timbul masalah.
Paling serius , pemilik boleh tuntuk booking fee anda. 

Antara Terma yang perlu diambil berat :

      • Berapa lama tempoh penjual benarkan untuk tandatangan perjanjian jual beli?
      • Bila perlu bayar deposit 10% dan baki harga belian ?
      • Kalau pinjaman tak lulus , adakah wang tanda akan dikembalikan ?
      • Apakah hak anda jika penjual batalkan jualan ? 
      • Apakah akibat jika belian dibatalkan ?Pada peringkat ini , biasanya anda kena bayar 3.18% daripada harga jual sebagai booking fees.


    Pastikan juga anda bayar bayaran tanda jadi ini kepada agensi hartanah yang berdaftar sahaja. Jika anda beli daripada penjual , jangan bayar direct kepada penjual itu, lantik peguam dan bayar kepada mereka.

#10 Mohon Pinjaman Perumahan dan Dapatkan Khidmat Peguam

Perlu dapatkan Khidmat peguam untuk buat perjanjian jual beli. 

Agen hartanah boleh tolong anda untuk selesaikan 2 perkara ini.

#11 Pastikan Tandatangan Jual Beli dalam Tempoh yang Dibenarkan.

Biasanya tempoh ini dalam 14-21 hari bekerja.

Sebelum anda tandatangan , minta peguam untuk terangkan kepada anda terma perjanjian & anggaran masa untuk mereka selesaikan  pindah hak milik.

Ini penting kerana anda nak tahu bilakah anda perlu berpindah ke rumah yang anda baru beli.

#12 Tunggu Sehingga Pindah MIlik Selesai.

Peguam akan bantu anda untuk pindah milik.

Tetapi berapa lama proses pindah milik ini ?

Ini bergantung kepada status dan jenis geran rumah itu dan juga sejauh mana rumitnya pindah milik tersebut. 

Untuk hartanah jenis Freehold dengan geran Individu / Strata. 

Biasanya peguam boleh selesai dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh perjanjian jual beli.Proses mungkin lebih lama untuk hartanah Leasehold atau jenis Master Title.
Ini kerana , pindah milik untuk untuk hartanah ini , perlu dapatkan kebenaran atau pengesahan dari pihak berkuasa negeri atau pemaju

Proses mendapatkan kebenaran atau pengesahan boleh ambil masa antara 1 hingga 3 bulan, bergantung kepada jawapan pihak yang terlibat. Peguam hanya buat lakukan piindah hak milik ini setelah kebenaran ini diperoleh.Proses pindah milik itu pula , perlukan 90 hari. Secara kasar , proses pindah milik untuk hartanah jenis leasehold dan mastertitle , akan mengambil masa sekitar 6-7 bulan dari tarikh perjanjian jual beli. Apapun,dapatkan nasihat dari peguam tentang ini.

Setiap jual beli rumah ini unik , dan ada cabaran yang berbeza. Jangka masa pun boleh jadi lebih lama. 

Pada penghujung proses , anda akan buat bayaran kepada pemilik dua kali.

 

Pertama untuk selesaikan baki hutang mereka.
Bayaran kedua untuk bayar keuntungan penjual. 

#14. Penting untuk Anda Tahu , Ansuran Bulanan Anda Bermula Bila Bank Dah Buat Bayaran Pertama.

Ketika ini pemilik belum lagi serahkan kunci kepada anda.
Kunci itu hanya akan diberi bila keseluruhan harga beli dah dijelaskan. 

Rumah itu milik anda , setelah bank dah buat bayaran kedua. 

Sekitar 1 hingga 2 bulan dari bayaran pertama.

#15 Terima Kunci

Setelah terima kunci , pindahkan bil utiliti , penyelenggaraan dan kunci pintu kepada 

nama anda.

Leave a Reply

Whatsapp