Bahasa Malaysia

Hartanah Di Cyberjaya | 10 Sebab Anda Patut Beli Rumah Di Cyberjaya

By July 17, 2019 July 22nd, 2019 No Comments

Bila nak beli rumah ini , apakah perkara yang paling penting?

Sudah tentu adalah lokasinya dekat mana &  rumah itu jenis macammana.
Anda nak rumah yang mudah akses lebuhraya untuk ke tempat kerja , sekolah , klinik , restoran dan kedai runcit.

Apa yang muncul dalam minda kita bila orang sebut Cyberjaya ? 

Ramai akan kaitkan dengan sebuah Bandar yang hanya ada banyak universiti swasta & rumah pejabat.

Apa yang ramai tidak berapa jelas adalah tentang betapa Cyberjaya sudah sangat banyak fasiliti. Ia juga adalah suatu bandar yang sungguh strategik dan tempat yang sangat berbaloi untuk dibeli rumah

Kebanyakan hartanah di Cyberjaya dijangka akan naik harga sehingga hampir 2x ganda dalam masa 10~15 tahun.

Ini adalah 10 Sebab kenapa anda rugi jika tak beli rumah di Cyberjaya.

1. Lokasi yang Sangat Bagus dan akan Menjadi Bandaraya Masa Depan. 

Dalam peta di atas, dapat kita lihat Cyberjaya berada di tengah antara Puchong , Bandar Baru Salak Tinggi & Sepang. Putrajaya pula adalah pusat pemerintahan.

Pelan Pembangunan Cyberjaya City Centre

Ia dijalankan oleh Cyberview Sdn Bhd untuk menjadikan Cyberjaya sebagai sebuah bandar yang hebat. Maksudnya, Cyberjaya akan menjadi bandar terancang yang cantik.

Status sebagai bandar terancang memberi faktor penting kepada nilai hartanah di masa akan datang.Pembeli sukakan lokasi yang memudahkan mereka. Mereka suka kan lokasi yang dekat dengan tempat kerja, pusat membeli belah, sekolah dan hospital. Cyberjaya menawarkan kesemua perkara itu.

2. Sangat Dekat dengan KLIA/KLIA2. 

Jarak dengan KLIA hanyalah kira-kira 15 hingga 20 minit sahaja. Sangat dekat !

Masa dan minyak jimat , lagi lagi kalau anda seorang yang selalu perlu travel. 

3. Pusat Bandar Dekat.

Yang bekerja kat Kuala Lumpur pun, senang saja nak ke sana tanpa ambil banyak sangat masa.

Perjalanan untuk ke Pusat Bandar hanya ambil masa lebih kurang 25 minit kalau ikut Maju Expressway (MEX). Itu tak sebut lagi yang highway yang lain, seperti :

=> Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

=> South Klang Valley Expressway (SKVE)

=> North-South Expressway Central Link (PLUS)

=> Expressway Lingkaran Tengah (ELITE).

Yang bekerja kat Kuala Lumpur pun, senang saja nak ke sana tanpa ambil banyak sangat masa.

Perjalanan untuk ke Pusat Bandar hanya ambil masa lebih kurang 25 minit kalau ikut Maju Expressway (MEX). Itu tak sebut lagi yang highway yang lain, seperti :

=> Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

=> South Klang Valley Expressway (SKVE)

=> North-South Expressway Central Link (PLUS)

=> Expressway Lingkaran Tengah (ELITE).

4. Sekolah , Pusat Membeli Belah dan Kemudahan seperti Kedai Runcit , Restoran Dekat saja. 

⇒ Sekolah

–  Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch 

– SK Cyberjaya 2 

– SK Cyberjaya & SMK Cyberjaya

⇒ Pusat Membeli Belah / Pasaraya Elit

-Tamarind Square / Village Grocer 

-D’Pulze Cyberjaya 

-IOI City Mall

 

5. Dekat dengan Flora & Fauna. 

48% daripada 7000 ekar di Cyberjaya ,telah didedikasikan untuk kemudahan awam, serta flora dan fauna.

Kebanyakan Pemaju hartanah di Cyberjaya dilihat dah semakin serius buat plan. dan reka bentuk projek supaya menjadi Green Building Index rated.

Bermakna, pemaju akan tinggalkan sebahagian ruang.  Ruang ini akan digunakan sebagai fasiliti hijau dalam projek perumahan mereka.

Senang cerita , bila tinggal di Cyberjaya , anda akan dikelilingi oleh kehijauan flora dan fauna. Konsep Garden gytu.

6. Salah Satu Bandar Paling Selamat di Klang Valley.  

Tahukah , Cyberjaya adalah antara bandar yang paling selamat di Klang Valley.

Kebanyakan kawasan kediaman adalah dalam kawasan berpagar yang dikawal selia.

Bukan saja itu , CCTV diletakkan dekat banyak tempat di sekitar Cyberjaya. Ia digunakan untuk keselamatan penduduk.

7. Kemudahan Masa Depan seperti:

> Hospital Cyberjaya 

> MRT Cyberjaya 

> SK Cyberjaya 2 

> HSR Cyberjaya 

8. Harga Rumah Meningkat

Anda wajib mengkaji capital appreciation sebelum membeli, atau melabur dalam mana-mana hartanah.

Cyberjaya akan dibangunkan secara pesat dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun, dan nilai hartanah kat sana akan terus meningkat secara konsisten.

Masa tahun 2007 dan 2008, tidak ada siapa pun yang berikan perhatian kepada Cyberjaya.

Walaupun harga hartanah pada masa tu bermula daripada RM200 hingga RM250 setiap kaki persegi, orang ramai tetap tak ambil kisah tentang Cyberjaya.

Apa Yang Buatkan Nilai Hartanah Kat Cyberjaya Meningkat Berganda-ganda ?

Lepas pada tahun 2009 dan 2010, banyak pemaju ternama mula lancarkan projek kediaman dan komersial dekat kawasan tu.

Sejak dari tu, harga untuk setiap kaki persegi meningkat secara mendadak (RM500 hingga RM700 setiap kaki persegi).

Mengikut kajian , harga hartanah dekat Cyberjaya pasti akan terus meningkat lebih tinggi.

 

Lagi-lagi apabila seluruh township (perbandaran) lebih maju. Tambahan disertakan sekali pula dengan kemudahan pengangkutan awam dan infrastruktur yang cun-melecun.

9. Rumah Rekaan Moden & Eksklusif

Rumah di Cyberjaya sama ada jenis kondominium , teres , semi-d atau banglo , semuanya mempunyai ciri-ciri rekaan yang moden lagi eksklusif.
Memang lawa.

10. RaudhahCity – Bandar Moden Islam Pertama di Malaysia

Dalam banyak-banyak projek perumahan di kawasan elit.

Ada 1 projek ini yang sungguh Lain dari yang lain!

Rumah cantik dan luas dan lokasi yang sangat strategik , semua rumah pun tawarkan perkara yang lebih kurang sama.

Tapi ada satu NILAI TAMBAHAN yang tidak ada oleh  projek perumahan lain.

Apakah 1 Perkara Tu ?
Mereka bukan sekadar jual rumah atau lokasi , tapi menjual kejiranan yang baik

Bayangkan  kejiranan yang berasaskan 99% komuniti islamik yang majoriti utama adalah Melayu.   

APAKAH RAUDHAH CITY ?

Terletak di Selangor Cyber Valley , dengan tanah seluas 105  ekar , dan nilai pembangunan kasar berjumlah RM2.4 Billion,projek ini telah mendapat liputan oleh Sinar Harian , Utusan dan  juga TV Al Hijrah

Bandar ini dibina dari “scratch” untuk menjadi bandar moden islam pertama di Malaysia.. Apabila dikatakan bandar moden islam , maka mestilah perlu sediakan apa yang komuniti islam perlukan.

A. Komuniti Professional Melayu , Warganegara Malaysia & Islamik. 

RaudhahVille bukan hanya jual rumah , mereka  jual komuniti.

Mereka memastikan di RaudhahVille, anda dapat tinggal bersama jiran yang sama-sama mahu berusaha menjadi jiran yang terbaik , iaitu;

→  Jiran yang berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah saw. 

→ Jiran yang mahu menjadi ibubapa terbaik untuk anak mereka.

→ Jiran yang mahu anak mereka menjadi berjaya dunia dan akhirat.

Antara bakal jiran anda adalah :
Tn Fadzil Hashim (Founder Brainy Bunch),
Dr Mohd Ali (Klinik SITI),
Dr Maryam Aziz (Mary Jardin), 

Dr Hj Mohd Khairul Nizam Bin Zainan Nazri ( Dr Roket ) , 

Dr Taha Mohd Omar ( Finalis Pencetus Ummah Musim ke-3 )


Dan ramai lagi. 

B. Pusat Komuniti Islam dengan Dewan Berkapasiti 800 Jemaah & Surau yang “HIDUP” dengan Aktiviti. 

Sebuah dewan solat yang berkapasiti 800 jemaah  yang MUDAH AKSES untuk anak , keluarga dan “atoknenek”.

–> SELAMAT. Terletak di dalam kawasan kejiranan berpagar tanpa perlu keluar security guard dan jalan besar.

→ Surau yang “hidup” dengan pelbagai aktiviti ala-ala pondok di kampung.

C. Ramai Golongan Berusia Emas dan Pesara Yang Tinggal Bersama dalam Kejiranan. 

Kalau anda ada ibubapa yang tinggal sekali , di sini lah tempat yang dicari. 

Biasanya bandar moden , ibubapa anda tak ada geng. Sangat kurang orang yang berusia emas seperti mereka.

Berbeza dengan RaudhahVille.

Kebanyakan yang tinggal di sana membawa sekali mak ayah untuk duduk sekali.

Ibubapa anda tak bosan dah. 🙂

D. 1 Rumah 1 Ustaz 

Bayangkan , Setiap rumah akan diberikan seorang “dedicated” ustaz yang boleh anda hubungi bila-bila masa — untuk sebarang persoalan berkaitan agama.

Ideanya adalah supaya anda dapat akses terus dengan pakar.Kumpulan ustaz yang menjaga komuniti ini pula akan selalu duduk di “meja bulat” untuk inisiatif  program untuk kanak-kanak , dewasa juga yang sudah berusia emas.

E. Buggy Service ke Pusat Komuniti Islam 

Ibubapa anda nak ke surau , tapi tiada transport ?

Jangan risau , mereka juga sediakan buggy service.

Call atau book guna apps & kami ambil. Ala-ala macam order Grab.

Pengalaman di kelab golf dan resort eksklusif– RaudhahVille hantarkan ke depan pintu anda.

F. TIADA PEMBANTU RUMAH TIADA MASALAH 

Anda akan dapat menikmati servis “commercial-maid” yang RaudhahVille sediakan , hanya dengan bayaran yang rendah setiap bulan, TANPA mereka perlu tinggal serumah bersama anda.

Setiap “commercial-maid” yang dipilih , telah melalui proses tapisan mereka.

Jadi anda tak perlu risau akan risiko kecurian , kualiti kerja dan sebagainya.

G. SEMUA BILIK ADA BILIK MANDI PERIBAIDI

 

Ini supaya keluarga dan tetamu anda mudah terjaga auratnya.

Mereka tidak perlu lagi berkongsi bilik mandi , yang mana ia berisiko kepada situasi yang mengakibatkan aurat terdedah.

Sanak saudara dan tetamu anda juga mudah untuk menjaga aurat masing-masing.

Pengalaman di kelab golf dan resort eksklusif– RaudhahVille hantarkan ke depan pintu anda.

H. Rumah Kelab Di Sebelah Pusat Komuniti Islam. 

Ideanya adalah semasa anak-anak bermain di rumah kelab , ketika masuk waktu solat , azan akan berkumandang dan mereka akan lihat pakcik makcik ke surau.

Bayangkan anak-anak anda hidup dalam suasana begitu. Maka sudah tentu mereka akan turut terdorong untuk selalu dan kerap ke masjid.

Jadi anda tak perlu risau akan risiko kecurian , kualiti kerja dan sebagainya.

BERMINAT NAK TENGOK RUMAH CONTOH RAUDHAH-VILLE ?

Klik ⇒

Leave a Reply

Whatsapp